Thursday, November 26, 2009

Salam Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, di kesempatan ini Allah masih lagi memberikan ruang dan peluang untuk diri menukilkan sesuatu untuk blog ini. Setelah dua tiga hari mencari panduan untuk mencantikkan blog, mencari2 widget yg Islamic berjam2 cuba copy paste di HTML demi pengunjung blog tidak merasa bosan apabila melihat blog ini, tiba2 tercetus di hati..'ahh..blog aku mesti lagi cantik dan Islamic dr org len!'..astaghfirullah..bagai terhantuk, diri ini tersedar yang masa lebih banyak dihabiskan demi menghias blog pada pandangan manusia daripada pandangan Allah. masa terluang ini tidak dihabiskan untuk membaca dan menghadam kitab-kitab Ilmu demi mengisi blog dgn ILMU.

Ya Allah, ampunilah keterlanjuranku ini.

Tarikh 10 Zulhijjah kembali lagi setelah tarikh 1 Syawal berlalu pergi. Hari Raya AidilAdha dan Hari Raya AidilFitri merupakan antara hari kebesaran dalam kalendar sesorang yang brgelar Muslim. Namun begitu, penulis melihat kemeriahan dan keghairahan menyambut AidilAdha seakan-akan layu berbanding dgn Aidil Fitri(sekurang2nya di tempat penulis).
Walaupun begitu, perayaan-perayaan ini seakan-akan tidak memberikan kesan kepada jiwa-jiwa manusia dimuka bumi Allah ini. Apa tidaknya, perayaan sebesar AidilAdha telah 'dianak tirikan' dgn ungakapan2 seperti 'alahh..raya korban ja pn hang nii..bkn ap pn' dan brbgai ungkapan lagi yang sewaktu dngnnya, seperti tiada pengajran disebalik pengorbanan Nabi Ibrahim apabila mendapat wahyu Allah menyuruh baginda menyembelih anak sendiri! Firman Allah SWT

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (QS. ash-Shaffat: 102)

Ya..pandangan akal kita dan hati ini mana mungkin seorang ayah yg baru saja berjumpa anaknya setelah sekian lama sanggup menyembelih anaknya..terkedu Siti Hajar apabila mendengar ..satu perbuatan gila!
Namun begitu, adakah perbuatan Nabi Ibrahim A.S gila?tidak berperi kemanusiaan dan tiada langsung kasih sayang dihatinya? Semestinya tidak! Ibrahim Alaihissalam dan keluarganya percaya dgn sebenar2 percaya dan yakin dgn sebenar2 yakin bahawa perintah Allah adalah terbaik, suruhanNya membawa hikmah yang tidak mungkin sbg seorang manusia akan tahu. Inilah akidah kita yang patut kita pegang. Sebuah pengorbanan kerana Tuhan adalah lebih baik dari seluruh dunia dan seisinya. Keimanan Nabi Ibrahim wajar dicontohi khususnya bagi penggerak-penggerak dakwah. Ketelusan Nabi Ismail harus diikuti. Tidak prnah bginda menyatakan sedikit keraguan terhadap arahan Allah..tidak memberikan alasan ketika disuruh melakukan sesuatu walaupun amt payah sekali.
Tetapi dimanakah tahap iman kita apabila Allah berfirman

"'Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yg menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ' Sungguh aku termasuk orang yang muslim(berserah diri)' "'(QS:Fussilat:33)

Wahai penggerak dakwah, contohilah sikap Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Tidak pernah mereka memberikan alasan untuk berkorban. Teruskanlah bergerak walau dimana jua. Ayat-ayat Allah perlu disampaikan. Sunnah Rasul perlu dimartabatkan. Jgn memberikan alasan penat, assignment xsiap, sakit kaki dan pelbagai lagi alasan yang entah Allah terima atau tidak apabila id mahsyar kelak. Sahabat-sahabat pejuang, Allah telah memberikan kita amalan terbaik untuk kita amalkan. Apakah amalannya?
Ya..sebuah pengorbanan bulat kerana Allah Azza Wajalla. itulah nilai sebenar Hari Raya AidilAdha.

Wallahualam

1 comment:

  1. salam ziarah...
    smg kberadaan anda dlm jmh mmntapkn lg kefhmn dn kefaqihn anda dlm brjmh..insyaAllah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...