Friday, November 20, 2009

Assalamualaikum wbt


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Alhamdulillah,

Segala syukur kehadrat Illahi, dgn rezki dan hidayah yang diberikan oleh Allah SWT dapat juga penulis menyiapkan sebuah blog yang penulis rasakan salah satu drpd usahanya untuk menyebar luaskan dakwah menggunakan blog yang kini menjadi medium penyampai yang cukup berkuasa.

Setelah menilai dari segala segi yang mampu, Allah membuka satu lagi jalan jihad untuk penulis menukilkan sebuah episod dakwah yang diharapkan dapat menjadi dorongan untuk sahabat-sahabat dan paling utama penulis sendiri, di dalam usaha kita menegakkan Syiar ISLAM di muka bumi Allah.

Terbukanya hati ini untuk menulis blog ini setelah terbacanya kata-kata yang berbunyi "Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena, dan lidah". Kata-kata adalah dari seorang pejuang Islam yang amat hebat iaitu Sayyid Abul A'la al-Maududi. Kata-kata ini ibarat 'a struck in the heart' yang menyedarkan diri penulis yang belum lagi menggunakan segala kemampuan diri untuk iqamatuddin di muka bumi Allah setelah Allah memberi misi menjadi khalifah kpd sekalian dimuka bumi Allah ini. diharapkan diri ini dapat memaksimakan dan keluar dari zon selesa untuk menulis blog demi keredhaan Allah Rabbul Alamin.

Penulis mengharapkan sahabat-sahabat dapat membantu diri penulis yang masih jauh lagi untuk mengejar antum semua dalam bidang dakwah blog ini.

Segala komen akan penulis terima dengan senyuman dan hati terbuka serta usaha ke arah memperbaiki lagi cara penyampaian yang bersesuaian dgn imej blog ini.

Sekian sahaja untuk post yang pertama ini..

akhir kata dari penulis sendiri..salam taaruf salam 1deen..

assalamualaikum wbt

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...