Saturday, January 2, 2010

Teka-teki kehidupan

Suatu hari Imam Ghazali berkumpul dgn anak muridnya. Lalu, Imam Ghazali bertanya kepada mereka

Soalan 1: Apakah benda paling dekat dgn kita di dunia ini?

Pelajar-pelajarnya menjawab:Ibubapa, guru, sahabat, sanak saudara(kaum kerabat)

lalu Imam Ghazali berkata: Semua jawapan itu benar, namun benda yang paling dekat dgn kita adalah MATI. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 185

'Setiap yg bernyawa itu pasti akan mati'



Soalan 2: Apakah yang paling jauh dgn kita?

Pelajar-pelajarnya menjawab: Negeri China, bulan, matahari, bintang

lalu Imam Ghazali berkata: Benar, namun yang paling benar adalah MASA LALU. bagaimanapun, siapapun kita, kenderaan apa pun yg kita naiki nescaya tidak dapat membawa kita ke MASA LALU. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari seterusnya dgn perbuatan yang SESUAI dgn ajaran Islam.

Soalan 3:Apakah paling besar di dunia?

Pelajar-pelajarnya menjawab:Gunung, matahari, bumi

lalu Imam Ghazali berkata: semua jawapan anak-anak itu benar, namun jwapan yg paling tepat adalah HAWA NAFSU. maka kita harus mengawal nafsu kita agar nafsu kita tdak menjerumuskab kita kedalam api neraka.(Al-A'raf:69)

Soalan 4: Apakah paling berat dalam dunia?

Pelajar-pelajarnya menjawab:Baja, besi, gajah dll

lalu Imam Ghazali berkata: semua itu betul, namun yang paling berat adalah memegang AMANAH. tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung-gunung semua tidak mampu ketika Allah ingin menjadikan mereka khalifah di muka bumi ini, tetapi manusia sanggup dgn sombongnya berebut-rebut meminta amanah(cth: berebut jadi wakil rakyat, bos dsbg) sehinggakan banyak manusia dimasukkan ke neraka kerana gagal menunaikan dan memegang amanah.

Soalan 5: Apakah benda paling ringan di dunia ini?

Pelajar-pelajarnya menjawab:kapas, angin, debu, daun dll

lalu imam Ghazali berkata: semua jawapan itu benar, tetapi benda paling ringan adalah MENINGGALKAN SOLAT. kerana mengejar dunia, kita sanggup bekerja sehingga melupakan dunia. nauzubillah

Soalan 6: Apakah paling tajam dalam dunia ini?

serentak pelajarnya menjawab PEDANG.

lalu Imam Ghazali berkata: benar namun yang paling tajam adalah LIDAH manusia. kerana ketajaman lidah, manusia dgn mudahnya menyakiti dan melukakan hati dan perasaan orang lain.

wallahua'lam




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...