Tuesday, May 17, 2011

Fahamkah kita?

Pelajar pondok:Agama itu, apa kiyai?

Lantas Kiyai itu menggesek biola mengalunkan lagu yang cukup merdu.

Kiyai:Apa yang kalian rasa?

Pelajar pondok:Keindahan
:Kaya
:Sepertinya, semua permasalahan itu seperti hilang kiyai
Kiyai: Itulah agama. Orang yang beragama adalah orang yang merasakan keindahan, tenteram,damai kerana hakikat agama itu mengayomi, menyelimuti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepintas dialog antara seorang pelajar dan gurunya di sebuah pondok dalam filem Sang Pencerah.Dialog yang pasti memberi bekas bagi yang mendengar dengan mata hati.Bagaimana seorang kiyai memahami agama dan hikmahnya mengajar anak murid beliau untuk merasai kepentingan agama didalam hidup hinggakan ada yang terlampau asyik dengan alunan biola beliau.

Kefahaman di dalam Islam, hanya dapat kita capai sekiranya kita tidak main-main dalam memahami Islam itu sendiri. Dan kefahaman di dalam Islam, tidak dapat tidak perlu difahami keseluruhannya, tidak boleh setengah-setengah, tidak boleh mengambil apa yang kita suka sahaja. Kerana hal ini akan merobohkan sendiri diri kita apabila di hadapan mahsyar kelak.

Sejauh mana kita memahami al-Quran akan terpapar pada sosok tubuh kita sendiri.Sebelum kita beragama, hendaklah kita memahami agama kita terlebih dahulu, tidak dapat tidak kita perlu memahami al-Quran. Kefahaman ini dapat dicapai dengan blajar, membaca, menghadiri kuliah ilmu dan menyebarkan sendiri ajaran Islam. Cara pemakaian, cara bergaul, cara belajar, cara memimpin, semua ini sedang di nilai oleh mata yang memerhati kerana Islam tidak dinilai dengan paradigma yang parsial(tertentu) tetapi secara syumul.

Urgensi fiqh(faham) menurut Al-Quran


1.Perkataan fiqh diulang sebanyak 20 kali didalam al-Quran. Allah mengulangi perkataan ini bukanlah untuk suka-suka tetapi untuk memberitahu manusia bahawa kefahaman dalam al-Quran adalah tema penting.Ia memerlukan perhatian yang serius di dalam masyarakat Islam supaya kita dapat mengamalkan ajaran Islam dan menterjemahkan al-quran dalam bahasa kekinian atau dalam erti kata yang menunjukkan Islam itu relevan di zaman mana pun.

Umat akan menjadi lebih baik jika hari ini kita memahami Islam dengan lebih mendalam.

Justeru, Al-quran dan sunnah rasul sepatutnya menjadi dasar kepada setiap tindakan sehari-harian. Hakikatnya kita adalah seorang daie.

Baik ustaz, ustazah, guru, mahasiswa, perdana menteri,wartawan, ahli perniagaan atau siapapun kita, sekiranya mengucap dua kalimah syahadah kita adalah seorang pendakwah. Apa yang kita lakukan setiap hari seperti kita menyebut "ini adalah ajaran Islam yang dibawa Rasul". Maka penting bagi umat Islam untuk memahami agama itu sendiri supaya dapat menerangkannya dengan lebih baik.

2.Kebaikan umat Islam sangat berkait dengan kefaqihannya terhadap Islam. Rasulullah bersabda

"Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, niscaya Allah akan memahamkannya dalam masalah agama"(HR Bukhari)

DR Ahzami Sami'un Jazuli menghurai hadis ini dengan memberi korelasi antara perkataan "fiqh" dengan kata "khair".

Kedangkalan kita memahami Al-quran menyebabkan tindakan kita menyimpang jauh dari syariat Allah. Lebih menambah luka umat, apabila tindakan itu dibuat atas nama mendedahkan kebenaran. Lihat saja akhbar, video lucah di bongkar di mata awam, badan wanita enak ditayang begitu saja tanpa ada pertimbangan agama. Dangkalnya kefaqihan umat juga menyebabkan tersalah fahaman erti moden,tamadun yang sebenar, lalu menyebabkan ketamadunan akhlak kering di tengah bangunan serba canggih. Lebih cenderung menjadikan barat sebagai kiblat keagungan tamadun manusia adalah satu kesilapan. Kiblat keberjayaan kita hanyalah ajaran Rasulullah dan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad serta para sahabat. Allah telah berfirman:

"(Dialah)Tuhan timur dan barat, tidak ada Tuhan selain dia, maka jadikanlah Dia pelindung"(Al-Muzammil:9)


3. Agar keimanan dan keIslaman kita adalah benar di sisi Allah. Kita risau jika kita tergolong dalam orang munafik sekiranya tidak memahami Al-Quran secara faqih. Umat perlu mengambil Islam secara menyeluruh dan memasuki Islam secara keseluruhan.

"hai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan). Dan jangan kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, karena sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah:208)

Justeru, fiqh-fiqh di dalam Al-quran perlu dipandang serius oleh segenap lapisan masyarakat. Dan penekanan ini perlu diberikan seawal dirumah, tadika dan seterusnya.


Kefahaman yang betul tentang Islam akan melindungi kita daripada virus-virus jahiliyyah yang melanda umat sekarang. Marilah kita berusaha memahami agama ini dengan sebenar-benarnya. Rujuklah ulama,ilmuwan yang terdekat dan muktabar. Mudah-mudahan kita dapat merasai damainya dan manisnya beriman kepada Allah SWT.

Wallahualam.

6 comments:

  1. hidup kena jelas matlamat dan ada foundation yang kukuh...

    ReplyDelete
  2. ilmu biar sikit, janji difahami sedalamnya n diamal sebiasa rutin makan n plg pnting-istiqamah

    ReplyDelete
  3. 1. Nak gak nengok cite tu.

    2. Ilmu kalu ada tp x diguna mcm buku letak atas rak la kan?

    3. Jangan kita pandai jak ckp tp buatnya tidak.
    org tawau cakap "ASAL BECAKAP!"

    4. Faham itu ni'mat, ni'mat itu rejeki. So kena la slalu minta

    5. Biar diam kita berfikir, bila becakap menjadi zikir.

    6. Nak baca lagi post seterusnya...

    ReplyDelete
  4. jubair: foundation wajib kukuh. bukan islam separuh-separuh, amal pun sama

    iqwan:mudah2an..mohon doa dan bantuan

    asrarqulub:cantik perumpamaan. moga kita xtergolong dalam kalangan buku di rak. naazubillah

    ReplyDelete
  5. Bah.apa lagi.ayuh ke syria ramai2.tidak mahukah kita tergolong dalam kelompok 'yang dikehendaki Allah kebaikan baginya'? :)

    ReplyDelete
  6. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.50/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...