Friday, September 17, 2010

Media dan M.Rajoli




Salam Mahasiswa

Taqabbalallahhu minna wa minkum..segala pujian kepada Allah SWT dengan sifat al-wahab dan ar-razaqNya dapat saya mencoret sedikit untuk blog yang jarang-jarang di 'update' ini. Pujian bagi Allah kerana memberi saya rezeki untuk menambah pahala(insyaAllah) dengan cuba untuk membuka minda masyarakat dengan pandangan dan komentar saya terhdap isu-isu yang berlaku dalam kehidupan kita. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Salam aidilfitri kepada semua mahasiswa dan pembaca sekalian. Diharapkan amal ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadhan lepas dapat kita konsisten dan tambahkan pada 11 bulan yang mendatang.

Pagi ini ketika saya membaca muka depan salah sebuah akhbar tempatan, saya tertarik dengan ruangan bertajuk 'M.Rajoli telah meninggal dunia'. Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham dan moga beliau ditempatkan dalam golongan yang diterima amalan baiknya. Saya tertarik dengan kolum tersebut kerana gambar arwah yang di letakkan di kolum tersebut. Saya melihat gambar itu dapat menimbulkan pelbagai spekulasi yang negatif terhadap bagaimana arwah meninggal dunia. pada saya, gambar yang diletakkan itu amat tidak bersesuaian untuk menunjukkan keadaan arwah. Saya merasakan bahawa gambar iu seolah-olah menghina arwah M.Rajoli. Adakah media sekarang telah hilang 'commonsense'mereka?adakah mereka tidak sedar bahawa gambar itu dapat menimbulkan prasangka yang tidak baik kepada arwah?

Saya dapat melihat bagaimana wartawan akhbar ini sekarang sudah hilang semangat mereka sebagai wartwan yang sebenar. Sifat tamak dan ingin 'karya' mereka popular sudah mengelabui mata mereka untuk menjadi pihak yang membela rakyat. Seringkkali di akhbar utama menyiarkan berita yang hanya kulitnya sahaja tanpa menceritakan bagaimana isinya. justeru mentaliti rakyat negara kita hanya kulit sahaja. Berkembang dengan perlahan walaupun kemajuan material pesat merata-rata. Selain itu media yang seringkali mengatakan mereka adalah penyebar pemikiran rakyat hanya menyiarkan berita yang hnya menceritakan minda pemikiran yang membontoti kata pemerintah. Walau salah tetap akan jadi betul apabila masuk kedalam ruangan berita mereka. lihat saja berita jika dikaitkan dengan pembangkang. Yang diceritakan hnyalah gambaran luaran dan tidak pernah menggali lebih dalam brita sebenar yang berlaku. kemajuan mental dan materialyang dibuat seringkali dibidas dengan cerita yang menunjukkan sebaliknya.Saya teringat isu Kalimah Allah yang lepas(sekadar mengambil contoh). Masyarakat Islam seolah-seolah diapikan oleh media yang dikawal kerajaan untuk membenci agama lain. isu-isu sensitif sebegini sepatutnya media lebih kehadapan utuk membuka minda masyrakat terhadap apa pandangan sebenar Islam tentang penggunaan. Seminar-seminar serta diskusi-diskusi seharusnya dianjurkan dengan lebih bnyak supaya masyarakat mendokong budaya masyarakat yang berilmu. Inilah tugas sebenar seorang wartawan(pada pandangan saya). Untuk membuka minda rakyat dan supaya rakyat lebih rasional dalam menilai sesuatu.

Walaupun saya bukan wartawan, namun sebagai seorang mahasiswa yang ingin melihat demokrasi yang sebenar dinegara kita(seperti dilaungkan PM dan kabinenya) amat kecewa dengan akhbar berkenaan. saya merasakan bahawa media(termasuk tv juga) tidak berperanan dengan baik. Rosaknya masyarakat(khususnya remaja yang rata-ratanya pelajar) adalah disebabkan budaya yang ada pada media massa sekarang. Hedonisme dan sekularisnme diangkat seolah-olah itu ajaran sebenar agama kita yang mulia yakni ISlam ini. Media massa sewajibnya membela rakyat dengan memberikan mereka berita yang betul walaupun itu menentang kerajaan. Membantah tidak semestinya pembangkang. JAdilah lebih TERBUKA dan TELUS dalam menanggapi isu-isu negara mahupun luar negara. Media adalah salah satu elemen penting untuk membina masyarakat yang lebih Islamik dan progressif. Bukan menjadikan mereka HAMBA SEKULARISME yang melayan nafsu dan hanya mengikut. Di sini saya ingin berkongsi sedikit prinsip-prinsip yang harus ada pada seorang journalist(diambil dari massofa.wordpress.com):

1. Kejujuran
Semua berita yang dsiarkan wajib berita yang benar dan betul-betul terjadi. Seorang journalist harus berani menyiarkan berita betul. Berani kerana benar!

2.Kecermatan
berita harus benar-benar seperti kenyataannya dan ditulis dengan tepat. Seluruh pernyataan tentang fakta maupun opini harus disebutkan sumbernya.

3.Keseimbangan:
Agar berita seimbang harus diperhatikan:
1.TAMPILKAN fakta dari masalah pokok
2.JANGAN memuat informasi yang tidak relevan
3.JANGAN menyesatkan atau menipu khalayak
4.JANGAN memasukkan emosi atau pendapat ke dalam berita tetapi ditulis seakan-akan sebagai fakta
5.TAMPILKAN semua sudut pandang yang relevan dari masalah yang diberitakan
6.JANGAN gunakan pendapat editorial

4.Kelengkapan dan kejelasan:
Berita yang lengkap adalah berita yang memuat jawaban atas pertanyaan who, what, why, when, where, dan how.

5.Keringkasan:
Tulisan harus ringkas namun tetap jelas yaitu memuat semua informasi penting.

Kita mampu selamatkan MALAYSIA.

Ibrah surah Al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

WALLAHUALAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...