Monday, May 24, 2010

“DUNIA INI MILIK ANAK MUDA DAN TANPA MEREKA DUNIA TIDAK AKAN BERUBAH!”

Kata-kata yang penuh semangat ini dilontarkan oleh salah seorang pemimpin mahasiswa pada dekad 60an yang menyaksikan kebangkitan mahasiswa diseluruh pelosok dunia terutama sekali di Malaysia. Kehebatan perjungan mahasiswa pada ketika itu diikitiraf oleh seluruh kelompok masyarakat disebabkan tema perjuangan pelajar lebih bertumpukan kepada gerakan kebajikan rakyat. Siapa tidak kenal Hamid Tuah yang memperjuangkan isu tanah yang diteroka oleh rakyat. Beliau menjadi lambang kegigihan dan aspirasi rakyat majoritnya petani ketika itu yang hilang dahan untuk berpaut dan hilang ibu untuk mengadu. Semua ini membuktikan bahawa kita sebagai mahasiswa mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada kita duduk di meja belajar dan hanya keluar untuk ke kuliah. Mahasiswa adalah harapan rakyat dan tonggak kepada kepimpinan generasi akan datang.

PECAHKAN BLOK ITU!




Pemikiran -pemikiran songsang yang ditanam di dalam minda mahasiswa sekarang perlu dibuang. Kita telah lama berada dalam zon dimana kita tidak lagi mampu berfikir dengan kreatif dan kritis terhadap sesuatu perkara yang berada diluar kelas. Daya sensitivity kita menjadi tumpul dan hati kita lebih keras daripada batu apabila berita seperti peningkatan kes pembuangan bayi dan kisah menyayat hati seperti adik Aminulrasyid. Saya maksudkan disini hati kita lebih keras daripada batu bukan kerana kita tidak sedih mendengar berita seperti itu namun kerana kesedihan kita tidak mampu menggerakkan kita menyuarakan pendapat kita. Kita telah alpa dan dilekakan oleh budaya-budaya yang tidak bermanfaat seperti hedonism dan ‘akutidakpedulisme’. Kita ibarat katak dibawah tempurung yang selesa dengan suasana gelap tempurung sempit tanpa sedar mentari luar yang menyegarkan dan tanah luas untuk bergerak. Kita sekarang sangat selesa sehinggakan lupa untuk mengasihi orang selain diri kita. Ingatlah pesan Rasulullah yang memberi amaran keras kepada orang yang membiarkan jirannya lapar! Potensi kita adalah lebih besar daripada itu. Pasakkanlah satu keazaman yang tinggi dalam jiwa kita dan masuklah zon untuk berjuang! Mentality kita perlu berubah seiring zaman. Zaman yang serba mencabar ini memerlukan kita untuk mengurusnya selari dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30;

“Dan ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada malaikat, “Aku hendak menjadikan mereka KHALIFAH di bumi”

Jika kita masih lagi memikirkan masalah pakaian atau fesyen apa akan aku pakai hari ini maka kita akan jadi seorang yang sempit pandangan dan bukanlah seorang mahasiswa tetapi hanyalah MAHASISA.

MAHASISWA MAMPU

Untuk menjadi mahasiswa yang sejati, terdapat beberapa sikap yang perlu ada pada kita:
i. Pemikiran rasional berlandaskan fakta, objektif, rasional, tidak emosional dan terbuka
Mahasiswa perlu banyak mengkaji dan membaca supaya kita mempunyai pandangan sendiri . Setiap perkara yang kita buat perlu mempunyai matlamat dan objektif dan bukanlah dilakukan dengan sia-sia kerana Allah berfirman dalam surah Al-mukminun bahawa salah satu ciri-ciri orang berjaya adalah orang yang menjauhi daripada melakukan perkara yang sia-sia(Al-mukminun:3). Think out of the box dan berfikirlah dari hati yang bersih.
ii. Kritis terhadap apa-apa yang didengar dan dilihat.
Kritis bermaksud kita berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam menilai sesuatu perkara dan apakah kita sebaiknya menerima atau menolak sesuatu perkara. Secara mudahnya kita harus menganalisis sesuatu perkara yang disampaikan contohnya isu judi, isu kalimah Allah, yuran-yuran pengajian kita dan sebagainya.
iii. Tegas, berani, amanah, jujur dan ikhlas
Tegas apabila hak kita dan masyarakat sekeliling tidak dijaga dengan baik dan berani melakukan perubahan. Inilah dinamankan menjaga amanah dan kita hendaklah menegakkan kejujuran dalam diri kita dan ikhlas dalam perjuangan.
iv. Sedar akan tanggungjawab dan haluan perjuangan
Jiwa anak muda sentiasa bergelora dan mempunyai semangat yang tinggi. Namun begitu kita lebih cenderung untuk menyalurkan ‘semangat’ kita dalam ‘alam cinta’ dan ‘alam DOTA’ sehinggakan munculnya masalah sosial yang kronik seperti anak luar nikah serta tidak pergi ke kelas kerana bermain game sehingga ke pagi. Haluan kita adalah haluan perjuangan dalam mengejar darjat hamba yang muttaqin dan mendambakan perubahan suasana masyarakat yang lebih baik. Kita tidak dijadikan Allah untuk bermain-main dan bergembira sahaja.
v. Aktif
‘Dok sajo dosa’. Kata-kata dari seorang ulama yang menunjukkan kita haruslah sentiasa berfikir dan sentiasa bergerak. Anak muda yang tidak bergerak(tidak dinamik) adalah seperti air yang bertakung menunggu busuk dan rosak. Kita patut menggunakan SEPENUHNYA masa kita untuk Islam dan menjadi catalyst kepada masyarakat teruama di kampus.
vi. Sanggup berkorban MASA, TENAGA, HARTA DAN NYAWA.
Allah menyifatkan pengorbanan adalah perniagaan yang menguntungkan dan akan dibalas dengan syurga kelak. Allah berfirman dalam surah As-Saff ayat ke 10 dan 11:
“wahai orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan perniagaan dimana dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
Perubahan sikap dan pemecahan blok pemikiran kita tidak boleh dilakukan sekaligus dan memerlukan kita untuk sama-sama berlatih dan melatih diri kita supaya kita dapat mengubah diri kita dari keadaan yang sekarang kepada keadaan yang lebih baik dan mantap. Perubahan dari diri kita akan menentukan corak dunia satu ketika nanti. 
MAHASISWA MEMACU PERUBAHAN!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...