Friday, August 5, 2011

Salam Kemuliaan Ramadhan

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia. Selamat yang bukan hanya selamat menghabiskan puasa semata tetapi selamat mendapatkan keampunan daripada Tuhan Rabbul Alamin dan seterusnya selamat menjadi hamba yang muttaqin, muhsinin dan solihin.

Kekangan untuk mendapatkan line internet menyebabkan saya menjadi kurang kemahuan untuk menulis sesuatu di blog ini. Naauzubillah, beberapa kali saya telah melantunkan doa agar selalu update blog ini tetapi nyata tidak juga berjaya. Saya memohon perlindungan dari Allah agar dilindungi dari orang yang 'cakap xserupa bikin'.

Cahaya di Wajah Ummat

Untukmu Kader Dakwah adalah sebuah nota atau lontaran tarbiyyah oleh salah seorang Murabbi gerakan Islam di Indonesia iaitu Kiai Rahmat Abdullah. Pengisian dari Ust Rahmat Abdullah sangat menyirami jiwa dan membuatkan saya merasakan kepentingan dakwah kepada manusia walaupun sebelum ini telah banyak dalil kewajipan dakwah telah saya baca.

Cahaya di wajah ummat adalah salah satu daripada goresan pena oleh Kiai Rahmat Abdullah yang menekankan bahawa seseorang kader dakwah tidak dapat tidak perlu menjadi cahaya kepada ummatnya. Seorang kader dakwah itu tidak boleg menyalahkan suasana sekeliling yang tidak membina sebagai alasannya untuk menjadi buruk perangai dan malas pula bergerak. Seorang kader dakwah itu sewajibnya menggunakan peluang yang ada untuk menjadikan dirinya sebagai penyinar keburukan yang ada di sekelilingny lantas mengubahnya menjadi suasana yang soleh atau bi'ah yang soleh.

Nah, inilah yang menjadi dilema saya, dan saya juga yakin ramai sahabat-sahabat yang turut merasakan demikian apabila terjebak dirumah pulang cuti semester.

Keselesaan yang maksima dirumah seperti makanan disediakan oleh ibu, tidur berbantal empuk dan berhawa dingin(mungkin sesetengahnya kipas ja) cukup mencairkan iman untuk kurang bergerak dan malas berdakwah dan lagi mengurangkan kemahuan untuk melihat anjakan perubahan dalam masyarakat.

Justeru ini memerlukan transformasi khusus oleh para daie di kampus supaya terus istiqamah menjunjung dakwah di mana saja kita berada. Kemahuan untuk melihat Islam terus gagah perlu di semat sedalam-dalamnya di dalam hati. Jangan hanya titipkan di mulut tetapi langsung terus terjun ke medan perjuangan di mana-mana sahaja.

Kamu adalah roh baru untuk Islam terus mekar di bumi Allah.

Rumahku syurgaku

Alhamdulillah, kekosongan daripada menguruskan program sepanjang dirumah dapat saya mengambil kesempatan memberi sedikit perkongsian fikrah bersama keluarga. Semasa di kampus, seringkali saya runsing memikirkan bagaimana fikrah keluarga, di asak oleh media yang hanya satu jam bersama Tanyalah Ustaz di TV9 dan bakinya drama dan berita yang tidak membina, risau saya akan keringnya pengisian di rumah.

Syukur kepadaNya, saya dapat juga membuat usrah dua minggu sekali disamping kerap 'memBOM' pemikiran keluarga terhadap masa depan Islam di Malaysia. Alhamdulillah berterusan saya titipkan kepada Rabbul Izzati, keluarga mula kendur serangan mereka kepada gerakan Islam. Dan ternyata, pendedahan berterusan terhadap isu-isu semasa melibatkan prinsip Islam sedikit membuka pemikiran mereka terhadap keluasan Islam itu sendiri. Bapa saya pun sudah 'mengiktiraf' radio IKIM.fm sebagai radio rasmi dalam kereta. Maha Kuasa Allah yang mengubah hati. Moga mereka terus istiqamah. Moga rumahku menjadi syurgaku.

Harapan Ramadhan

Bersempena bulan Ramadhan yang selalu dikaitkan dengan transformasi diri untuk mendekatkan hati kepada Allah, saya memohon doa kepada Allah agar sentiasa menetapkan hati kita di jalan yang diredhai Allah.

Untuk para fisabilillah, marilah kita menyucikan hati demi menyampaikan kalam Allah di atas bumi kepunyaanNya. Ambillah peluang ini untuk melatih diri beribadat dan menambahkan mutabaah yang ditetapkan semasa usrah berlangsung

Untuk keluargaku, sama-sama kita terus mengislahkan diri dan menekuni ayat-ayat Allah dalam sesi tadarus dirumah dan di masjid. Jom kita kempen untuk mencari redha Allah dan keampunanNya.

Mari memburu Lailatul Qadar. Moga Islam menyinari hati-hati orang mukmin. Moga kita mendapat piala takwa yang di idam-idamkan itu!

3 comments:

  1. Doanya. Agar itu dan itu berkekalan. Amin Ya Rabb. Alfatihah.

    ReplyDelete
  2. Amin, syukran bang

    Cmna puasa di Syria?

    ReplyDelete
  3. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.50/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...