Friday, January 28, 2011

Tumbangnya satu pemerintahan






Salam mahasiswa

Sebelum beransur untuk tidur untuk qiam bersama sahabat, saya ada terbaca artikel berkenaan revolusi rakyat di Tunisia dan di Mesir. Di Tunisia rejim Ben Ali nampaknya telah berjaya ditumbangkan oleh rakyat yang mahukan kebebasan dan keadilan yang sepatutnya mereka dapat. Kerajaan Ben Ali di Tunisia yang mengamalkan 'politik of fear' untuk mendapatkan 'restu' rakyat telah dibalas rakyat yang sekian lama diam(baca didiamkan). Rakyat keluar beramai2 dan melaungkan 'Keluar Ben Ali!','Ben Ali-GAME OVER' dan sebagainya untuk menjatuhkan kerajaan. Menurut seorang penulis Tunisia, Nouri Gana, rakyat begitu inginkan kebebasan sehinggakan perasaan ini telah meluapkan semangat rakyat untuk keluar melakukan perubahan. Di sini tidak ketinggalan peranan mahasiswa yang progresif dan berani menyatakan pendirian kepada penguasa yang zalim dan diktator. Ada laporan yang mengatakan mahasiswa yang berniaga di tepi jalan Tunisia telah di tangkap polis lalu kerana tidak berpuas hati dia membakar dirinya. Sehingga ke tahap itu rasa kebebasan yang ingin dikecapi oleh rakyat di sana. Ditambah lagi dengan dasar-dasar tidak masuk akal, umpamanya perlu berjumpa dulu dengan isteri perdana menteri untuk satu-satu projek atau isu-isu Islam dan kawalan terlampau ketat media menambah lagi luka kepada rakyat.

Itu cerita Tunisia





Di Mesir, ceritanya hampir serupa. Cumanya rejim Hosni Mobarak belum lagi ditumbangkan. Rakyat mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan demokrasi(baca diktator) oelh sang penguasa.Namun demonstrasi jalanan menunjukkan mula bergerak di serata negeri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap kerajaan.Dasar-dasar yang menunjukkan kerjasama dengan Amerika dan Israel juga telah meluapkan lagi kemarahan rakyat sehingga ada yang ingin membawa Hosni Mobarak mendekam di penjara. Namun kemarahan itu cuba di sejukkan(baca dilenyapkan) oleh rejim pemerintah dengan tangkapan-tangkapan dan rakyat hilang tanpa berita. Tidak ketinggalan penuntut-penuntut Institusi pengajian tinggi. Walaubagaimanapun,kerajaan di serata Tanah arab mula risau mereka akan di tumbangkan dek kerana dasar mereka yang tidak adil selama ini dan kesan daripada kejatuhan Ben Ali di Tunisia.

Itu pula di Mesir

Di Malaysia, kerajaan baru saja ingin mengubah Akta Mesin cetak dan Penerbitan. Kelihatan akta yang akan dipinda akan lebih menutup suara media. AUKU masih lagi membelenggu mahasiswa dengan budaya 'culture of fear' yang menyebabkan mahasiswa tidak responsif isu dan terbuka dalam menyatakan pandangan. Jika dilihat semula kejatuhan rejim penguasa di Tunisia dan Mesir, tidak ada perbezaan dari sudut dasar yang kerajaan bawakan kepada rakyat. Kita tidak kurang tertekan dengan dasar-dasar cuma mungkin kita dienakkan oleh hiburan-hiburan yang tidak putus-putus sehingga lupa hak kita sebagai rakyat. Di Mesir dan Tunisia sudah sedar. KITA BILA LAGI?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...