Tuesday, January 5, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

'10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3 ,2, 1..HAPPY NEW YEAR'
Langit menjadi siang dek percikan bunga api yang sangat mempesonakan mata yang melihat..
Dentuman bunga api meledak memecahkan suasana sedia yang ghairah dengan ketibaan Tahun Baru..
2009 melabuhkan tirai bagi memberi ruang kepada 2010 untuk dicoretkan sejarah oleh golongan yang ingin berbuat demikian..
Suasana riuh rendah di bumi Kota Kinabalu dan kota-kota yang lain tidak dapat ditahan lagi..

Semuanya diatas satu slogan yang tiap-tiap tahun disambut
'TAHUN BARU' atau 'NEW YEAR'
Semua golongan keluar pada malam New Year untuk meraikan kemeriahannyai..ibubapa,orang tua, orang muda, dan terutamanya orang muda dan remaja..ada yang sehingga menjadikan malam ini sebagai acara tahunan yang WAJIB disambut kedatangannya.

terutamanya anak muda..dan Muslim


Tahun demi tahun yang banyak membanjiri kota-kota utama adalah golongan yang bakal diwariskan nasib agama dan negara kepada mereka..

Tahun demi tahun juga kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk menyiapkan meriam bunga api, konsert dan sebagainya pada malam ini..


Tidak ingin mengatakan ianya suatu pembaziran cuma satu persoalan..


Tahun demi tahun kita menyambut kedatangan Tahun Baru tetapi tahun demi tahun juga kita tetap sama..sambutan yang sama, bunga api yang sama, konsert yang sama konsepnya..perangai yang sama, mentaliti yang sama..


Kita disuapkan dengan budaya yang sama iaitu budaya hedonisme atau budaya berhibur yang melampau..dari awal tahun sehingga ke awal tahun hadapan


Gelombang hiburan bagai makin meningkat saban tahun..gejala sosial 'maintain' pada tahap 'memuaskan'..anak muda bagai disuapkan dengan semua ini..ada yang berselindung dengan mengatakan inilah trend, dan kita perlu mengikutinya..bijak bagai lembu ditusuk hidung bagi yang berkata demikian

ada yang berselindung dengan mengatakan zaman muda untuk menikmati kenikmatan hidup remaja..ingatlah, hidup hanya sekali, muda hanya sekali dan MATI juga hanya sekali


pelbagai alasan untuk berhibur..yang pastinyanya tidak diterima sbg syarat apabila diinterview Allah..




sedar atau tidak, kita disuapkan oleh pengaruh Barat yang begitu ingin melihat anak muda Islam lemah dan tidak sedar..begitu ingin melihat anak-anak muslim mengikut jejak langkah jahanam yang merosakkan akal kita..sangat seronok melihat kita sujud di kaki mereka dengan mabuk arak dan mabuk hiburan..


dan kita terikut..dan turut sama mempertahankan ideologi sampah sedangkan kita patut mempertahankan Islam bersama..menggembeleng tulang 4 kerat untuk memartabatkan Islam
ideologi Islam yang dibawa cukup jelas dan terang sebagai penyuluh hidup setiap yang bergelar hamba Allah..tidak layak untuk kita mengambil sesuatu selain Islam..tidak pantas bagi hamba melawan tuannya


Maka, sempena azam baru ini, wajib bagi kita untuk terus meningkatkan keilmuan kita dan terus memasakkan lebih dalam keimanan kita kpd Allah Rabbul Al-Alamin. Mari kita renung kembali sejarah pada tahun lalu dan berazam untuk lebih memanfaatkan tahun 2010 supaya Islam lebih menyinar pada tahun ini. Perangai yang lama digantikan dengan perangai kita yang lebih baik. moga kita semua di bawah lingkungan redha Allah kerana usaha mempertahankan dan memperkenalkan Islam keranaNya.


Waallahualam



Saturday, January 2, 2010

Teka-teki kehidupan

Suatu hari Imam Ghazali berkumpul dgn anak muridnya. Lalu, Imam Ghazali bertanya kepada mereka

Soalan 1: Apakah benda paling dekat dgn kita di dunia ini?

Pelajar-pelajarnya menjawab:Ibubapa, guru, sahabat, sanak saudara(kaum kerabat)

lalu Imam Ghazali berkata: Semua jawapan itu benar, namun benda yang paling dekat dgn kita adalah MATI. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 185

'Setiap yg bernyawa itu pasti akan mati'



Soalan 2: Apakah yang paling jauh dgn kita?

Pelajar-pelajarnya menjawab: Negeri China, bulan, matahari, bintang

lalu Imam Ghazali berkata: Benar, namun yang paling benar adalah MASA LALU. bagaimanapun, siapapun kita, kenderaan apa pun yg kita naiki nescaya tidak dapat membawa kita ke MASA LALU. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari seterusnya dgn perbuatan yang SESUAI dgn ajaran Islam.

Soalan 3:Apakah paling besar di dunia?

Pelajar-pelajarnya menjawab:Gunung, matahari, bumi

lalu Imam Ghazali berkata: semua jawapan anak-anak itu benar, namun jwapan yg paling tepat adalah HAWA NAFSU. maka kita harus mengawal nafsu kita agar nafsu kita tdak menjerumuskab kita kedalam api neraka.(Al-A'raf:69)

Soalan 4: Apakah paling berat dalam dunia?

Pelajar-pelajarnya menjawab:Baja, besi, gajah dll

lalu Imam Ghazali berkata: semua itu betul, namun yang paling berat adalah memegang AMANAH. tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung-gunung semua tidak mampu ketika Allah ingin menjadikan mereka khalifah di muka bumi ini, tetapi manusia sanggup dgn sombongnya berebut-rebut meminta amanah(cth: berebut jadi wakil rakyat, bos dsbg) sehinggakan banyak manusia dimasukkan ke neraka kerana gagal menunaikan dan memegang amanah.

Soalan 5: Apakah benda paling ringan di dunia ini?

Pelajar-pelajarnya menjawab:kapas, angin, debu, daun dll

lalu imam Ghazali berkata: semua jawapan itu benar, tetapi benda paling ringan adalah MENINGGALKAN SOLAT. kerana mengejar dunia, kita sanggup bekerja sehingga melupakan dunia. nauzubillah

Soalan 6: Apakah paling tajam dalam dunia ini?

serentak pelajarnya menjawab PEDANG.

lalu Imam Ghazali berkata: benar namun yang paling tajam adalah LIDAH manusia. kerana ketajaman lidah, manusia dgn mudahnya menyakiti dan melukakan hati dan perasaan orang lain.

wallahua'lam




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...