Thursday, August 19, 2010

Episod Julai

Salam Badar,

20 Ogos hari ini.Jika ikut bulan, sudah dua bulan saya tidak menulis sesuatu untuk blog ini.
Target saya untuk update blog saya ini sekurangnya sebulan sekali, namun saya tidak sempat untuk menulis pada bulan Julai lepas. Ampunkan aku ya Allah.

Namun bulan lepas adalah bulan yang sangat menguji keimanan dan keteguhan saya sebagai
seorang mahasiswa Islam. Permulaan bulan Julai kampus saya ceria menerima kedatangan
pelajar-pelajar baru untuk sesi pengajian 2010/2011. Saya yang kebetulan sampai awal di
kampus pun turut gembira menyambut kedatangan adik-adik baru(takwim akademik dianjak).

Pada masa yang sama saya berfikir apa yang dapat yang saya lakukan untuk menolong adik-adik ini membiasakan diri dengan suasana kampus, dalam kata yang lain supaya adik-adik baru tidak lagi menjadi seperti hari semalam. Seorang MAHASISWA MUSLIM yang lesu dan rendah keinginan untuk berjaya.

Bagaimana saya nak mengajak diri saya dan mereka(adik-adik) untuk menjadi
orang yang berpegang teguh pada prinsip dan nilai Islam itu sendiri.

Seribu satu persoalan dan cabaran untuk menuju kearah itu. Alhamdulillah, proses kemasukan
dan orienatsi mereka berjalan dengan lancar dan dengan cara yang sama, pengisian yang sama
dan penanaman pemikiran yang sama semenjak saya mengikuti perkembangan orientasi pelajar
baru. Yang hanya berubah warna baju batik, beg, payung dan lain-lain ‘.

Dengan erti kata yang lain, kebanyakan adik-adik baru sekarang hatinya bulat menerima apa
yang diberi kepada mereka. Saya dapat rasakan inilah juga yang bakal diteruskan nanti pada
orientasi semester hadapan jika program pemerkasaan minda mahasiswa tidak digiatkan.

Kegembiraan dan adrenalin saya menyambut adik-adik baru umpama api disimbah minyak petrol apabila saya melihat banner yang tergantung dihadapan pintu masuk kampus. PERSIDANGAN
PERGERAKAN WANITA UMNO P171 CAWANGAN SEPANGGAR.

Terkejut dan pelik melihat penggubal AUKU(Akta Universiti dan Kolej Universiti) melanggar peraturan yang mereka buat sendiri.

“Apa ni! Sejak bila parti politik dibenarkan masuk kampus?”soal saya kepada beberapa wakil
MPP. Dan kebanyakan mereka mengatakan KUASA yang membenarkan parti poltik masuk kampus terletak pada TANGAN naib canselor university.Kita tidak mampu berbuat apa-apa. Seolah-olah begitu.

Kecewa dengan keadaan dan jwapan, saya mengajak beberapa orang sahabat saya untuk menyatakan bantahan kepada PERSIDANGAN ini. Saya amat tidak bersetuju dengan ‘kebebasan’ mereka untuk masuk kedalam kampus mereka sesuka hati.

Lantas, dengan kekeliruan di hati terhadap status AUKU yang sebenar, kami membuka banner
menyatakan kekeliruan kami terhadap AUKU. Menyatakan bantahan buat pertama kalinya berdepan dengan GERGASI MERAH Sabah. Kami menyatakan kekeliruan kami kepada mereka. Akta 15 AUKU tidak membenarkan MAHASISWA terlibat dengan POLITIK.

Namun “GERGASI” ini langsung tidak mengendahkan kami sebaliknya menuduh kami PEMBANGKANG?.

Mahasiswa ada suara sendiri. Apa yang SALAH kami akan SANGGAH dan apa yang BENAR akan kami sokong.

Akhirnya kami dibawa berjumpa dengan pak cik polis yang menyoal siasat kami bermula waktu
azan maghrib(pelik dengan polis sekarang..soal siasat masa solat?)

Kesimpulan yang saya dapat pada peristiwa itu adalah satu persoalan, Kenapa mahasiswa tidak
dibenarkan bersuara apabila suara itu tidak sehaluan dengan suara kerajaan. Adakah kerajaan
dikurniakan darjat maksum sehingga tidak boleh ditegur?

Dan apa yang memeningkan lagi apabila kerajaan sendiri tidak membenarkan mahasiswa berpolitk sedangkan diseluruh negara mereka menggunakan UNIVERSITI sebagai JENTERA politik mereka.

Untuk MT UMNO, kalau nak adakan persidangan di KAMPUS kami, tunjukkan kata tak setuju kamu bersama MAHASISWA hapuskan AUKU!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...