Thursday, June 17, 2010

IMAM MUDA


Kedudukan imam dalam masyarakat Malaysia pada hari ini adalah sebagai tempat rujukan utama dalam permasalahan agama selain menjadi imam pada waktu solat. Tugas yang digalas ini adalah suatu amanah yang berat kerana Imam-imam ini yang akan memberikan solusi kepada masalah berkaitan hukum-hakam dalam Islam yang dihadapi oleh masyarakat. Justeru imam menjadi tokoh serta qudwah kepada masyarakat setempat yang kebanyakannya ibarat pasir gurun yang kekeringan yang dahagakan ilmu serta bimbingan. Justeru sesetengah pihak yang menyedari keperluan ini telah mewujudkan beberapa institusi serta program-program untuk melatih masyarakat(khususnya lelaki) untuk menjadi imam. Lebih-lebih lagi di Sabah, dimana penduduknya lebih kebelakang dari keadaan di semenanjung dalam soal hukum-hakam agama dan ramai juga yang tidak tahu untuk menunaikan solat(terutama muallaf) disebabkan tidak pernah ada orang yang mengajar mereka untuk menunaikan rukun Islam yang kedua ini. Maka perlu ada satu program yang berkesan demi melatih anak Sabah menjadi imam seterusnya dihantar ke tengah-tengah masyarakat supaya dapat membimbing mereka di dalam melakukan ibadat mereka. Latihan yang diberikan tidak hanya menumpukan aspek ibadat tetapi perlu merangkumi bagaimana untuk membangunkan masyarakat kampung dengan program-program kesedaran. Program yang dijalankan perlu menjurus kepada melahirkan akidah yang murni dan jauh dari daki-daki syirik. Kumpulan sasaran untuk latihan menjadi IMAM adalah anak muda di kampung-kampung dimana golongan ini adalah yang akan menjadi pemimpin kelak. Tugas seorang imam di Sabah adalah lebih besar daripada hanya menjadi ahli jawatankuasa masjid tetapi hendaklah diperluaskan sesuai dengan keadaan rakyat yang jauh dari Islam. Juteru tugas ini perlu digalas oleh orang muda yang mempunyai tenaga yang sentiasa mendidih untuk berdakwah dan mengubah keadaan masyarakat sekarang.

TOLERANSI DAN DISKRIMINASI?

























Picture from:numanphotography

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...